Cara import motorhome dan Campervan Japan
Cara Import Japan Motorhome Campervan & U.K Caravan [Step by Step Tutorial] Tanpa Aproval Permit AP
Dalam perkongsian hari ini, saya akan berkongsi pengalaman saya
mengimport motorhome dan camping car dari negara jepun,
Buat masa ini tak memerlukan Approval Permit (AP)
jadi semua orang pun boleh lakukan nya selagi ada keinginan dan cita cita yang tinggi
[Part 1]
Pertama sekali sy ada nyatakan syarat utama iaitu pembelian secara cash sahaja iaitu TT (Telegraphic Transfer) ke akaun Supplier / used car dealer di Japan,
Cara pemilihan Motorhome atau campervan melalui website auction lelong atau used car dealer website
[Part 2]
akan menerangkan hal – hal berkaitan urusan shipping dan handling dari Kedai kereta ke yard seterusnya Pelabuhan Jepun ke pelabuhan Port Klang yang menelan belanja lebih kurang RM12k – RM15k
bergantung kepada size motorhome, Value dan jarak antara used car dealer dengan pelabuhan
motorhome toyota grand hiace motorhome di japan
Urusan cukai kastam import duty dan port clearence untuk motorhome dan campervan
[Part 3]
berkaitan isu Kastam Tax iaitu import duty dan sales tax menerusi Kastam K1 Form yang perlu dibayar oleh pembeli melalui Tax ejen yang bertauliah, seterusnya menerangkan proses kastam clearence untuk melepaskan motorhome dan campervan anda ke jalanraya
Permohonan status Motorhome dan Caravan ke Jpj dan puspakom (VTA approval)
[Part 4]
menyentuh hal berkaitan undang2 Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) dan puspakom dimana Consultant Bertauliah perlu dilantik bagi menyediakan pelan kejuruteraan kenderaan untuk dipersembahkan kepada pejabat JPJ Di Putrajaya.
Ini Bertujuan Mendapatkan Vehicle Type Approval (VTA) jenis CARAVAN Atau Motorhome
Consultant yang dilantik mestilah berdaftar sebagai panel JPJ contoh nya Optimus Services 0198671793
Urusan puspakom inspection B2 untuk motorhome yang pertama kali mendaftar di Malaysia
[Part 5]
Setelah mendapat kelulusan sebagai Campervan atau Motorhome,
Kita boleh set appointment dengan Puspakom untuk pemeriksaan B2
iaitu pendaftaran kenderaan import baharu,
Disini engine number dan chasis number akan disemak dan pelbagai spesifikasi dan ukuran Motorhome dan campervan akan diperiksa sebelum diluluskan
Roadtax dan Insurance bagi Motorhome dan canpervan Di Malaysia
[Part 6]
Selepas pendaftaran no plate dan geran dicetak,
Insuran kenderaan boleh dibeli dengan ejen insuran motorhome,
harga premium insuran bergantung kepada sum insured kenderaan anda
Anggaran RM600 – RM2000
Road tax pula bergantung kepada kapasiti enjin dan jenis kenderaan,
sama seperti kereta biasa contohnya:-
2.8L RM1300
3.0L RM1800
3.4L RM2200
[Part 7]
Akhir sekali setelah selesai pendaftaran dan di insurance kan
Motorhome idaman, maka boleh la mula bersiar siar dan bercamping car
di kawasan berdekatan,
boleh mula upgrade kenderaan anda dari masa ke semasa mengikut bajet,
biasa nya upgrade motorhome seperti kapasiti bateri, Aircond,
Tambahan size watertank, Vent Fan, Upgrade size peti ais, Awning,
Toilet, dan banyak lagi
Jika Ada apa2 persoalan atau cadangan untuk video seterusnya sila tulis di ruangan komen ya!
[Kedai Motorhome dan Campervan Di Shah Alam, Selangor]
Kami di Karysma Motorhome menyediakan khidmat sewa motorhome
dan campervan,
Pembelian motorhome ready stock on the road,
khidmat nasihat mengimport motorhome jepun (preorder)
dan pusat servis bagi komponen motorhome seperti
Aircond (Split unit dan roof top),
Generator (built in dan portable genset),
Toilet (potty dan cassette type), Awning campervan,
Vent Fan, Tv, Battery lithium, LifePO4, Singki dan Stove
Campervan Seat dan lain lain
Dapatkan anggaran harga Motorhome dan campervan disini :-
https://motorhomes.my/
Sedikit info berkaitan Jenis jenis Recreational Vehicle (RV)
di Malaysia yang terbahagi kepada Campervan, Camperlorry,
campertrucks, Camperbus, Motorhome Dan Caravan
Fb Page: http://www.facebook.com/karysmarv
Telegram group: http://T.me/karysmarv
Instagram : Malaysiamotorhome
untuk sebarang Pertanyaan/cadangan,
anda boleh hubungi no personal saya di
http://wa.me/60123416010 (Call / WhatsApp)
kerana di dunia Motorhome, kita semua adalah keluarga.
Disini saya kongsikan Alamat kedai kami iaitu di Shah Alam,
Saya harap kita dapat berjumpa supaya dapat kita berkongsi ilmu, pengalaman & bertukar-tukar pendapat
Alamat Karysma Motorhome Sales and Services
Cawangan shah alam
C-9-G, Jalan Serai Wangi L16/L,
Alam Avenue 2 ,
40200 Shah Alam Selangor.
Landmark puspakom, mee tarik, dominos, ar-rahnu,
calacara, Mohd Chan.
Buka setiap hari 9pagi hingga 9malam,
tiada cuti dan tiada rehat.
0123416010 (Ahmad)
Sekian saja perkongsian saya berkaitan Kedai Motorhome dan Campervan Di Shah Alam, Selangor, Semoga anda memperolehi manfaat dan lebih memahami dengan mendalam
Jemput like dan share video ini kepada rakan rakan yang mungkin meminati Campervan dan motorhome
importmotorhome #japanmotorhome #campingcar
Stay safe …stay at home, Karysma Motorhome